Jannah El Haura

owner

"Sekuntum mawar yang sentiasa dihujani dosa dibasahi air mata. Namun, dirinya teguh kerana duri iman juga kelopak indah dihiasi dengan kasih cinta Tuhannya :)"


Contact
© Re-edit by You. Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.
Tika Bidadari Berbisik
Thursday, February 13, 2014 • 10:30 PM • 0 comments



Wahai penghuni bumi
Aku hanyalah seorang bidadari
Milik Allah SWT yang Esa
Titisan air mataku diharap sebagai penawar dosa
Canda tawaku sebagai hadiah
Pengubat lara hati yang berlagu

Tercipta aku sebagai bidadari bukan kehendakku
Kami ini ciptaan kurniaan Ilahi
Allah lah pemilik nyawaku
Pemilik kehidupanku

Suatu hari, aku, dia dan kamu pasti pergi
Untuk kembali bertemu Yang Maha Khaliq
Semoga kelak senyumku seindah pelangi syurga
Air mata yang pernah mengalir
Mengairi sungai sungai syurga
Mengalir lagi menyamankan
Cuma bagi yang berhak menikmati


0 Comments: