owner
![]() ![]() "Sekuntum mawar yang sentiasa dihujani dosa dibasahi air mata. Namun, dirinya teguh kerana duri iman juga kelopak indah dihiasi dengan kasih cinta Tuhannya :)" Contact
© Re-edit by You.
Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.
| Sesuci Mawar Berduri
Sungguh cantik mawar itu.
Kelopaknya berseri, harum mewangi.
Kembangnya mekar di taman larangan menggamit mata yang memandang.
Kecantikannya mengundang kekaguman sang kumbang.
Pada mawar yang indah ini.
Dititipkan duri yang tajam.
Sebagai benteng pertahanan, untuk melindungi keindahnnya.
Agar tidak sewenangnya diganggu dan dipetik si kumbang.
Tajamkanlah duri itu, kerana ia pagar sang mawar.
Yang melindungi keindahannya dan memartabatkan dirinya.
Suburkanlah duri itu dengan akhlak, iman dan taqwa.
Semakin tajam duri itu.
Semakin kuat ia menjaga kesucian sang mawar.
Jangan sesekali dibuang duri itu.
Hilang duri.
Hilanglah pelindung.
Menjadikan si mawar cantik pada luaran.
Tetapi tidak bernilai.
Sesiapa saja boleh sentuh dan petik
Hingga membuatkan kau terkulai layu
Sebelum tiba waktunya.
Mawar Berduri.
Harumnya kerana ketinggian agama.
Pesonanya kerana keluhuran akhlaknya.
Anggunnya kerana perhiasannya.
Janganlah mengeluh kerana duri itu.
Tajamnya duri itu.
Kerana keteguhan menjaga maruah.
Kerana ketinggian taqwa.
dan
Kerana kekuatan iman.
Jadilah bunga mawar.
Yang berpagarkan duri tajam.
Indah dipandang tetapi sukar dipegang.
|
0 Comments: