Jannah El Haura

owner

"Sekuntum mawar yang sentiasa dihujani dosa dibasahi air mata. Namun, dirinya teguh kerana duri iman juga kelopak indah dihiasi dengan kasih cinta Tuhannya :)"


Contact
© Re-edit by You. Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.
Sahabat
Saturday, October 19, 2013 • 6:43 AM • 0 comments




Bismillahirrahmanirrahim

Sahabatku

Dengan satu kata hubungan kita terjalin
Dengan satu bicara cinta kita terputik
Dengan satu lafaz detik indah terukir

Hadirmu anugerah Tuhan
Yang sentiasa menemaniku kala kesepian
Setiap saat yang membawa kenangan

Sahabatku

Andainya langkahku tersungkur
Sambutlah dengan tangan menghulur
Andainya jiwa kembali resah
Peluklah aku hilangkan gundah
Andainya senyuman terasa payah
Hadirlah dirimu membawa tawa

Andainya ku terjatuh ke gaung neraka
Sambutlah aku
Sambutlah aku walaupun hiba
Jangan lupakan aku walau disyurga
Janjiku untukmu
Akan ku nanti dipintu jannah

Sahabatku sayang
Tetaplah aku dalam doamu

:')




0 Comments: