Jannah El Haura

owner

"Sekuntum mawar yang sentiasa dihujani dosa dibasahi air mata. Namun, dirinya teguh kerana duri iman juga kelopak indah dihiasi dengan kasih cinta Tuhannya :)"


Contact
© Re-edit by You. Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.
Kasih Menghilang
Saturday, October 19, 2013 • 10:59 PM • 0 comments



Aku masih disini. Diam. Terpaku. Mahu saja aku menangis sepuasnya. Tapi, adakah itu mampu membantu untuk menenangkan jiwa yang kecewa? Tidak. Pasti kecewa lagi. Ahh! Aku dah penat. Kenapa harus aku jatuh cinta pada dia?

Lagu Bahagiamu Deritaku menjadi teman waktu itu.

Ya Allah, peluklah aku. Peluklah aku. Aku rindu rahmat kasih sayangMu. Allah :'(
Aku masih lemah. Aku tidak kuat terima semua ini. Perasaan yang Kau hadiahkan.
Berat. Sangat berat hatiku. Langkah kaki yang semakin lemah longlai. Apatah lagi hati dan jiwa yang sedang dibasahi kecewa. Kenapa harus kecewa?

Aku masih lagi menatap blog milik dia. Masih lagi memikirkan kenangan aku dengan dia. Masih lagi memikirkan apa yang tidak sepatutnya aku fikirkan.

Laju jari menari dikeyboard. Membacakan apa yang terbuku. Meluahkan apa yang tersirat.

"Wehh, dah lah tu. Dia tak pernah ada perasaan kat kau. Kau tak rasa ke selama ni dia tipu kau? Permainkan jiwa kau, perasaan kau"

"Aku rasa. Sebab tu aku menangis"

"Janganlah menangis sebab dia"

"Tak. Aku tak menangis sebab dia. Aku menangis sebab lain"

"Sebab dia tipu kau?"

"Tak. Lebih dari tu"

"Apa dia?"

Aku tunduk. Titisan air mata jatuh. Bagaimana aku ingin luahkan? Aleya masih menatap wajahku. Menanti sebuah jawapan dari lubuk hatiku.

"Aku menangis. Aku kecewa. Aku permainkan hati aku. Aku kecewakan diri aku sendiri. Aku benci dia!"

Pantas suara itu keluar dari lisanku. Keadaan sunyi. Hambar. Sepi. Aleya terdiam.

"Sekarang aku dah tahu. Sekarang aku dah faham. Kenapa Allah pisahkan. Kenapa Allah renggangkan. Kenapa Allah  jauhkan aku dari dia"

"Dia bukan milik kau?"

"Mungkin. Tapi, bukan itu yang aku maksudkan"

"Dah tu?"

"Perancangan Allah. Nampak tak. Apa yang Allah sedang aturkan?"

"Maksud kau?" Aleya makin pelik. Tadi sedih. Sekarang teruja. Eh? 

"Mula mula, Allah campakkan rasa cinta dalam hati untuk dia saat perkenalan aku dengan dia. Namun, waktu tu aku diam. Tak mungkin. Lama kelamaan. Ya. Memang dia. Kami berhubung hanya seketika. Dalam masa 4 hingga 5 bulan. Dalam masa 5 bulan tu juga aku berkenalan dengan dia"
"Kenapa 5 bulan? Sekejap nya"

"Kerana Allah dah takdirkan dalam masa 5 bulan untuk aku berkenalan dengan dia. Lepastu, kami buat keputusan untuk berhenti berhubung"

"Jap jap jap! Aku masih tak faham. Apa kaitan situasi sekarang ni dengan yang kau cerita kan?"

"Perkenalan yang seketika itu membuatkan aku tahu siapa diri dia yang sebenarnya. Bila aku baca blog dia. Baru aku terfikir. Yang selama ni aku permainkan perasaan aku sendiri sampai aku terduduk menangis kerana kecewa. Padahal kecewa itu datang dari diri aku sendiri!"

"Allah jauhkan dia dari kau supaya kau tak kecewa lebih dalam. Sekarang, kekecewaan kau tidaklah sedalam mana. Sebab Allah pisahkan kau dengan dia"

"Ya. Pandai. Tapi, mimpi istikharah tu betul ke?"

"Mimpi istikharah?"

Termenung. Tak mungkin dia.
Bersambung.....


0 Comments: