Jannah El Haura

owner

"Sekuntum mawar yang sentiasa dihujani dosa dibasahi air mata. Namun, dirinya teguh kerana duri iman juga kelopak indah dihiasi dengan kasih cinta Tuhannya :)"


Contact
© Re-edit by You. Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.
Indahnya TakdirMu (The Making Of)
Thursday, October 10, 2013 • 10:49 PM • 0 comments





Hati siapa tak marah. Hati siapa tak pilu saat tunang diambil orang. Luka berdarah mengalir. Tidak siapa ketahui. Zinnirah cuba bertahan. Namun, itulah kudrat seorang perempuan. Air mata yang menjadi teman tatkala bibir terkunci dari meluahkan.

"Awak, saya tak sangka benda ni boleh berlaku. Maafkan saya. Awak jangan macam ni. Tolong... Jangan seksa diri awak"

"Mishary. Baik awak pergi. Saya tak nak dituduh ganggu suami orang. Awak bukan sesiapa lagi. Tolong. Pergi dari hidup saya"

"Tapi, saya tiada niat nak hancurkan harapan awak..."

"Assalamualaikum"

Air mata mengalir.

Apa yang dia harapkan selama ini. Hanya tinggal sebuah harapan. Bulan depan mereka akan melangsungkan perkahwinan. Tapi, takdir Allah melebihi segalanya. Pasti ada hikmah disebalik dugaan ini. Pasti muncul pelangi indah biarpun setahun ribut hujan melanda.

Setiap masa. Setiap saat. Dia cuba untuk terima hakikat ini. Air mata yang mengalir ibarat tiada erti. Terpaksa juga dia lepaskan. Lelaki yang selama ini dia harapkan. Jodoh rahsia Allah. Ya. Jodoh itu rahsia Allah.

Mishary. Kau bukan untukku.

Bersambung...


0 Comments: