Jannah El Haura

owner

"Sekuntum mawar yang sentiasa dihujani dosa dibasahi air mata. Namun, dirinya teguh kerana duri iman juga kelopak indah dihiasi dengan kasih cinta Tuhannya :)"


Contact
© Re-edit by You. Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.
Episod 1 : Layakkah Aku?
Friday, September 20, 2013 • 5:02 AM • 0 comments



Layakkah aku? Persoalan itu terus timbul dibenakku. Sudah seminggu aku berada disini. Minggu orientasi pun sudah sampai ke penghujungnya. Esok kuliah pertama aku akan bermula. Dengan itu bermulalah kehidupan aku sebagaia seorang mahasiswi. Aku rasa semua ini bagaikan mimpi. Namun, hakikatnya ini adalah realiti yang bakal ku lalui. Macam baru semalam aku mendaftar masuk ke matrikulasi. Teringat aku akan kenangan disana.

Aku berasal dari sebuah keluarga yang miskin dikawasan yang agak terpencil. Walaupun hidup kami serba kekurangan dari segi kewangan. Tapi, kami bahagia dengan kehidupan kami. Aku bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga yang amat penyayang. Aku adalah anak bongsu dari 3 adik beradik. Aku memang agak manja berbanding adik beradik yang lain. Biasalah anak bongsu kan. Mereka meletakkan harapan pada aku. Kerana aku seorang sahaja yang mampu menjejakkan kaki ke menara gading. Aku bukanlah seorang pelajar yang rajin. Hanya nasib menyebelahi diriku. Akan ku pegang amanh ini, untuk mengubah taraf hidup keluargaku.

Mengimbau kembali kenangan di matrikulasi. aku punya seorang roomate yang cukup prihatin terhadapku. Disaat aku memerlukan, dia datang membantuku. Semasa aku homesick. Rindu akan kampung halaman kerana aku belum pernah berpisah lama dengan keluarga ku sebelum aku masuk matrikulasi. Dia cuba menceriakan kehidupanku. Dia membimbingku supaya aku lebih kuat menghadapi segala dugaan hidup. Dia mengajakku mendekatkan diri pada Maha Pencipta ketika diri rasa keseorangan. Aku masih ingat lagi kata katanya.

"Masalah jangan dipendam dalam diri. Nanti ia memakan diri. Jangan juga diluahkan segalanya pada manusia kerana mungkin ia akan digunakan untuk memburukkan kita. Jika diluahkan dalam diari, diari tak dapat bantu kita. Luahkan rasa hati kita pada Tuhan. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Dia akan membantu hambaNya yang meminta pertolongan dariNya"

Dia lah sahabat sejati ku. Mengajak aku ke masjid. Di masjid, hati ku rasa sangat tenang. Segala masalah dapat aku lupakan sekelip mata. Aku menjadi lebih matang untuk meneruskan kehidupan ini. Akan ku kenang jasanya sampai bila bila. Aku sebenarnya bukanlah sahabat yang baik. Aku selalu mementingkan diriku sendiri.

Layakkah aku menjadi sahabatnya?

Namun aku cuba jadi sahabat yang terbaik.

Setelah tamat matrikulasi, aku mendapat keputusan yang cemerlang. Aku ditawar untuk melanjutkan pelajaran dalam kursus pilihan pertamaku di universiti yang ku idamkan selama ini. Alhamdulillah, aku syukur kehadrat Illahi.

Tapi, layakkah aku sebenarnya dapat semua ini?

Padahal usaha aku cuma sedikit. Namun, aku percaya jika Allah menghendaki sesuatu maka jadilah ia.

"Leya, termenung nampak. Ingatkan pakwe kat kampung ke?" Tegur rommateku yang baru

"Hish Kak Amy ni. Saya teringat kenangan kat matrik lah. Rasa macam baru lagi" Aku membalas.

Kak Amy adalah roomateku yang baru. Dia sudah berada di Tahun 2 pengajian. Mungkin dia dapat membantuku meneruskan hidup sebagai seorang mahasiswi di sini. Aku berharap sangat dia boleh jadi macam roomate aku yang dulu.

Maz.... Aku rindu kau. Mampukah aku hidup jauh dari keluarga tanpa dirimu disisi.

------------------------------

Sudah seminggu rupanya aku bergelar mahasiswi. Setakat ini aku tidak menghadapi sebarang masalah lagi. Mudah mudahan perjalanan hidupku berjalan lancar.

"Leya. Kak Amy nak pergi KL ni. Leya tak nak ikut ke? Jom lah jalan jalan dekat KL. Leya kan belum pernah keluar lagi"

"Kak Amy pergi je lah. Leya tak boleh nak follow lah. Duit tengah tak da ni. Lagi pun kerja banyak"

"Alahai, takkan dah takda duit awal awal sem ni? Rajinnya Leya nak buat semua assignment yang lecturer bagi tu. Belajar kat U ni susah. Bukan macam belajar kat sekolah dulu. Kalau Leya buat kerja tu pun buat letih je. Dah lah nak siapkannya makan masa, sesakkan otak. Bila dah siap? Senang senang je orang tiru. Tak berbaloikan tu. Baik kita enjoy hujung minggu ni"

"Tak pe lah Kak Amy. Akak pergi je lah dengan kawan kawan akak. Leya minta maaf sebab tak boleh ikut" Jawabku ringkas. Malas aku nak bertekak dengan Kak Amy.

"Okay lah. Kalau macam tu, Kak Amy pergi dulu. Jangan menyesal tau"

Selepas Kak Amy keluar dan menutup pintu bilikku. Aku termenung. Bukan aku tak nak pergi KL. Siapa tak nak jalan jalan. Dah lama teringin. Mungkin bukan masanya lagi. Aku mesti belajar bersungguh sungguh. Aku bukannya dah kehabisan duit. Tapi, aku perlu berjimat. Minggu ni pun dah lebih RM300 aku habis. Itu pun sebab nak beli buku original. Teringat aku kata kata seorang pensyarah yang menyebabkan aku rela wang itu pergi.

"Ramai orang belajar sebab nak dapat kerja besar. Nak dapat gaji lumayan. Sebenarnya kita kena belajar kerana Allah. Nak dapatkan ilmu kerana Allah. Nak majukan umat Islam. Bukannya nak kemewahan dunia je. Itu lah silap budak budak sekarang. Lepastu, bila keluar U tak dapat kerja. Rasa tertekan sebab belajar kerana nak kerja. Tapi, kalau kita belajar kerana Allah. Kita pasrah dengan apa yang kita dapat. Hati kita akan tenang"

"Satu lagi yang saya tengok kamu semua ni. Kalau bab buku nak jimat. Bab lain macam nak bergaya tak ingat dunia. Asyik nak beli buku fotostat. Tahu baca kan? Dalam buku tu mesti ada tulis kalau nak copy kena ada keizinan penerbit. Kan? Kalau penerbit tu tak redha dengan ilmu dalam buku yang di fotostat secara haram. Macam mana nak dapatkan ilmu dengan baik? Beli lah buku ori. Belajar nak berkat"

Kata kata itu memang terkesan dihatiku. Aku rela mengeluarkan wang sebanyak RM300 semata mata untuk membeli buku ori. Biarlah aku kesuntukan wang untuk perkara lain. Aku mahu belajar dengan redha Allah. Kalau assignment. Biarlah aku bersusah payah buat assignment tu. Pensyarah aku ada mengingatkan.

"Assignment ni saya nak kamu buat sendiri. Saya tak nak kamu meniru. Memang saya tak tahu kalau kamu meniru. Hanya Allah yang nampak segala perbuatan kamu. Kalau kamu buat sendiri assignment ni kamu akan lebih mudah faham. Kalau kamu tak tahu nak buat, boleh jumpa saya. Tapi, kalau kamu nak tiru juga. Tiru dengan bijak. Jangan sampai saya dapat kesan. Kalau tidak, nahaslah kamu. Saya rasa kamu dah cukup besar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk diri kamu"

Ya. Aku setuju dengan kata kata pensyarahku itu. Aku sudah terbiasa buat kerja sekolah ku sendiri. agipun aku lebih yakin dengan hasil kerja aku sendiri. Hati pun puas. Aku perlu menjadi pelajar yang rajin dan bertanggungjawab. Aku akan belajar rajin rajin dan berdoa kepada Allah. Aku tidak mahu kejayaan aku atas dasar nasib lagi. Usaha tangga kejayaan.

Bersambung......


0 Comments: