owner
![]() ![]() "Sekuntum mawar yang sentiasa dihujani dosa dibasahi air mata. Namun, dirinya teguh kerana duri iman juga kelopak indah dihiasi dengan kasih cinta Tuhannya :)" Contact
© Re-edit by You.
Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.
| 50 Keistimewaan Wanita :)
1) Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasulullah "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia sia"
2) Wanita solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh.
3) Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.
4) Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
5) Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT. Orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
6) Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya. Maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. Maka sesiapa yang menyukakakan anak perempuannya seolah olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7) Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astghfirullah" (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa). Maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan Allah SWT akan mengangkat darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada' apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8) Sabda Rasulullah SAW "Wanita yang tinggal bersama anak anaknya akan tinggal bersama aku didalam syurga"
9) Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuannya dengan penuh rasa taqwa dan tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
10) Daripada Aisyah R.A "Sesiapa yang diuji degan sesuatu daripada anak anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka"
11) Syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
12) Apabila dua orang ibu bapamu memanggilmu. Maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13) Seorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu pintu neraka dan terbuka pintu pintu syurga. Masuklah dia dari mana mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
14) Seorang wanita yang mentaati suaminya serta menjaga solatnya dan puasanya. Semua ikan dilaut, burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suaminya dan meredhainya.
15) Aisyah R.A berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW siapakan yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya"
16) Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu. Berpuasa dibulan Ramadhan. Memelihara kehormatannya serta mentaari suaminya. Maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17) Allah SWT akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya didalam urusan agama kedalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.
18) Apabila seorang wanita hamil. Maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
19) 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20) Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.
21) Apabila seorang wanita mulai sakit hendak bersalin. Maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad dijalan Allah.
22) Wanita hamil akan mendapat pahala ibadat dimalam hari.
23) Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitanpada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.
24) Apabila seorang wanita melahirkan anak. Keluarlah dia daripada dosa dosa seperti keadaan ibunya melahirkan.
25) Seorang wanita meninggal dunia didalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikiran sebagai mati syahid.
26) Seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberikannya.
27) Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh ( 2 setengah tahun ), Maka malaikat malaikat dilangit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga adalah wajib baginya.
28) Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis. Maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahu solat dan puasa.
29) Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT.
30) Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya. Maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
31) Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya. Maka Allah SWT akan mencatatkan 1000 kebaikan dan mengampunkan 2000 kesalahannya. Bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan meminta keampunan baginya dan Allah SWT akan mengangkat 1000 darjat untuknya.
32) Seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu. Maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pintu syurga yang akan dimasukinya dari mana mana pintu tanpa dihisab.
33) Seorang wanita yang menunggu suaminya pulang ke rumah, dibersihkan mukanya, dihamparkan alas duduknya, disediakan makan minum suaminya, direnung dan dipegang tangan suaminya dengan kasih sayang, diperelokkan hidangannya, dipelihara anak anaknya dan dimanfaatkan hartanya untuk suaminya demi mencari keredhaan Allah SWT. Maka disunatkan baginya akan setiap ucapan, langkah dan pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat nanti, Allah SWT akan mengurniakan Nur sehingga tercengang semua wanita atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi nabi.
34) Tidak akan putus ganjaran dari Allah SWT kepada seorang wanita yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35) Seorang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan seorang lelaki yang melihat isterinya dengan kasih sayang. Akan dipandang Allah SWT dengan penuh rahmat.
36) Seorang wanita yang melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37) Seorang wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah didalam keadaan letih dengan baik akan mendapat pahala jihad.
38) Seorang wanita yang memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan seorang wanita yang memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39) Dari Hazrat Muaz "Mana mana wanita yang berdiri diatas dua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan oleh api. Maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka."
40) Thabit Al Banani berkata "Seorang wanita bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik terhadap suaminya. Dia pelita ketika apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya. Dipegang pelitan sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu. Maka dia menjadikan rambutnya sebagai sumbu pelita. Pada keesokan harinya, matanya yang buta telah celik. Allah SWT mengurniakan kemuliaan padanya itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya"
41) Pada usatu ketika di Madinah. Rasulullah keluar mengiringi jenazah. Baginda mendapati ada beberapa orang wanita didalam majlis itu. Baginda lalu bertanya "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?". Jawab mereka "Tidak". Lalu baginda bersabda "Seeloknya kamu sekalian tidak perlu menziarahi jenazah kerana tidak ada pahala bagimu. Tetapi tinggallah dirumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat ibadat orang lelaki"
42) Seorang wanita yang memerah susu ternakannya dengan membaca Bismillah akan didoakan oleh binatamh itu dengan doa keberkatan.
43) Seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah maka rezekinya akan diberkati oleh Allah SWT.
44) Seorang wanita yang menyapu lantai dengan berzikir kepada Allah SWT akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.
45) Sabda Rasulullah SAW "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti. Allah akan membinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi"
46) Sabda Rasulullah SAW "Wahai Fatimah, setiap wanita yang memintal benang akan dicatatkan oleh Allah SWT perbuatan baik untuknya sebanyak utas benang yang dipintalnya akan dan memadamkan 100 perbuatan jahatnya"
47) Sabda Rasulullah "Wahai Fatimah. Setiap wanita yang menganyam benang yang dipintalnya akan ditentukan oleh Allah satu tempat khas untuknya diatas takhta diakhirat"
48) Sabda Rasulullah "Wahai Fatimah, Setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya. Menyikatkannya. Mencuci pakaian mereka dan memandikan mereka. Akan dicatatkan oleh Allah SWT untuknya pekerjaan baik sebanyak helaian rambut mereka dan menjadikan dirinya kelihat berseri dimata orang orang orang yang memerhatikannya.
49) Sabda Rasulullah "Wahai Fatimah, setiap wanita yang meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengeratkan kukunya. Akan diberi minum oleh Allah SWT dari sungai sungai disyurga serta diringankan sakaratul maut untuknya oleh Allah SWT. Dia akan mendapati kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman taman syurga dan dicatatkan oleh Allah SWT baginya pelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas di Titian Sirat."
50) Semua orang akan dipanggil oleh Allah untuk melihat wajah Allah diakhirat nanti. Tapi, Allah akan datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya iaitu yang memakai purdah/niqab didunia dengan istiqamah.
p/s : Indahnya menjadi seorang wanita. Lebih indah memiliki gelaran wanita solehah. Gelaran yang bukan diberi oleh manusia. Tetapi, Allah. Alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi wanita solehah. Bagaikan syurga dipenuhi bidadari. :)
Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya :Aku bertanya, "Ya Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari bermata jeli? Baginda menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat." Aku bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?" Baginda menjawab, "Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas." Mereka berkata : "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami reda dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya." (Hadis Riwayat ath-Tabrani) |
0 Comments: