Jannah El Haura

owner

"Sekuntum mawar yang sentiasa dihujani dosa dibasahi air mata. Namun, dirinya teguh kerana duri iman juga kelopak indah dihiasi dengan kasih cinta Tuhannya :)"


Contact
© Re-edit by You. Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.
Siapa aku?
Wednesday, July 24, 2013 • 6:26 AM • 0 comments



Ku biarkan ia menaip.
Meluahkan apa yang tersirat.
Melafazkan yang tidak terungkap.
Menyatakan kata yang terpendam.

Aku hanyalah seorang hamba.
Yang sentiasa bermujahadah demi Ilahi.
Yang mencuba membuang sifat duniawi.
Yang akan mencintaiNya sepenuh hati.

Aku hanyalah seorang manusia.
Yang pendosa tanpa noktah.
Yang hidup didunia hanya untuk beribadah.
Yang matlamatnya adalah syurga.

Aku hanyalah seorang wanita.
Yang dahulunya aku jahiliyyah.
Namun kini aku telah berhijrah.
Berjalan didunia fatamorgana.
Demi mencari bekalan untuk diakhirat sana.

Senyumku disebalik purdah indah.
Hatiku didalam genggamanNya.
Biar jiwa ini sering disakiti.
Biar diri ini sering dimaki.
Biar mata ini sering menangisi kelemahan ini.

Purdah,
Kini menjadi pelindungku.
Yang sentiasa melindungiku dari berkata nista.
Yang melindungiku dari tersenyum indah.
Yang melindungiku dari ketawa ceria.

Purdah.
Kini menjadi perisai malu ku.
Perisai dari melihat lelaki ajnabi.
Perisai yang menjadikan aku seorang wanita bermaruah.
Perisai yang menjadikan aku lebih dihormati mereka.

Purdah.
Ku jadikan ia seperti duri.
Yang melindungi tubuh sekuntum mawar.
Yang menjadikannya suci nan indah.
Yang menjadi penghalang dari durjana dunia.


0 Comments: