Jannah El Haura

owner

"Sekuntum mawar yang sentiasa dihujani dosa dibasahi air mata. Namun, dirinya teguh kerana duri iman juga kelopak indah dihiasi dengan kasih cinta Tuhannya :)"


Contact
© Re-edit by You. Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.
Cinta Sang Pengembara
Wednesday, July 17, 2013 • 2:33 AM • 0 comments





"Sayang! Janji dengan biy tak tinggalkan biy walau apa pun yang terjadi?"

"Ye biy.... Sayang janji"

"Dah 3 bulan kita bersama kan. Bukan seminggu. Bukan dua minggu. Tapi, 3 bulan! Hihihi"

Wajahnya aku tenung dalam dalam. Biarpun tidak sekacak Zayn Malik. Namun ada keistimewaan dalam diri dia yang membuatkan aku tertarik. Tak siapa tahu. Melainkan aku dan dia. Dia sanggup melayan aku siang malam. 24 jam sehari. 7 hari seminggu.

Hari ini 28 haribulan, Genap 3 bulan kami bercinta. Aku termenung. Terasa cepat masa berlalu. Setiap saat, minit, kami lalui bersama. Walaupun tak dapat jumpa. Call pun jadi lah. Kalau seminggu tu, hampir RM100 duit habis semata mata nak beli topap. Dengar suara pun jadi lah kan? Dapat lepas rindu. 

Pernah aku terfikir. Bagaimana hubungan ni berakhir? Adakah apabila salah seorang antara dia atau aku yang pergi dulu. Atau lebih senang "break up" Hmm. 

Aku juga pernah terfikir. Mampu ke aku hidup tanpa dia? Dia lah orang yang paling aku sayang. Bahkan, satu hari tak call pun dah macam kucing hilang anak. Gelisah. 

"Ehem Sayang, termenung nampak" Dia menyapaku.

"Sayanggggg................................." Dia terus memanggil.

"Eh, ye ye biy. Sorry. Mengelamun tadi" 

"Mengelamun pasal apa?"

"Entahlah biy. Sayang cuma terbayang. Macam mana agaknya hubungan kita ni berakhir ea? Hm. Biarlah sayang pergi dulu. Sayang tak sanggup hidup kat dunia ni sorang tanpa biy"

Riak wajahnya berubah. 

"Kenapa sayang cakap macam tu? Tak pe lah. Kalau sayang pergi dulu. Nanti tunggu biy kat syurga yea"

Laju tangannya mencuit hidungku. Sempat aku tempias. Haram!

"Ish! Jangan.... Suami sayang je boleh sentuh"

"Alaaaa, biy kan bakal suami sayang. Please! Sekali je. Sentuh sikit je pun tak boleh ke?"

Sambil muncungkan bibirnya. Konon merajuk. Tapi, aku tetap dengan pendirian aku. Yang haram tetap haram. 

"Yelaaa. Biy mengalah. Siapa lah biy ni kan" 

"Tak ya nak merajuk sangat lah" pujukku. Sambil buat muka ala ala comel.

Walaupun pelajaran dia tak sampai SPM. Tapi, aku tetap pilih dia. Siapa pun dia. Apa pun kekurangan dia. Aku terima dia. Orang kata cinta aku buta. Hahaha. Ye. Memang aku buta. Sampai aku lalai, leka. 

Sibuk mengejar cinta manusia. Lupa tanggungjawab sebagai hambaNya. Tapi, waktu itu aku belum sedar. Masih hanyut dibawa arus cinta nafsu. Masih terkapai kapai mencari erti cinta.

"Biy, nak cakap something boleh?"

"Hm. Apa dia darling?" Sambil mengenyitkan mata bulatnya padaku.

"Biy kan nak kahwin dengan sayang. Biy berubahlah... Jadi baik sikit. Takut nanti bila merisik macam ni. Takut umie dengan ayah taknak terima. Takkan biy nak kerja tu je. Biy tau kan ayah tu siapa. Umie tu siapa" 

"Hmmmmm. Ye. Nanti biy berubahlah. Sayang ingat senang ke nak berubah" Dia cuba berdalih. Susah sangat ke? 

"Al Quran yang sayang bagi tu ada baca tak? Ke masih dalam kotak hadiah tu?"

"Last tengok pun balik dari jumpa sayang. Tengok je pun. Tak baca lagi. Haish! Nanti lah. Biy busy kan. Balik kerja 2 pagi. Penat. Sayang mana faham"

Aku diam. Takut bergaduh pula. Biarlah dia. Nanti berubahlah tu. Persoalannya, bila?

Syaitan bertepuk tangan.

                     *****

Di sekolah. Normal lah perempuan kalau duduk berkumpul bercerita. Orang panggil gossip. Kan? Tapi, sebenarnya bukan gossip. Perempuan kan jenisnya memang suka bercerita. Itulah mereka. Hihi.

"Kite dengar awak couple dengan budak tu. Betul ke?"

"Budak mana? Yang duduk Muar tu eah?"

"Ha'ah, kenapa awak couple dengan dia? Bukan baik sangat pun. Takde SPM pulak tu. Boleh ke jaga awak?"

"Sebab tak baik lah kita nak buat dia jadi baik" Jawapanku yang selamba.

"Awak perempuan lah. Biasa lelaki bimbing perempuan. Ni perempuan bimbing lelaki. Awak tak kuat. Nanti awak yang hanyut dengan dia" Jelas. 

Sentap.

"Alaaa, awak mana faham. Dia mana ada kawan macam kita ni haa. Belajar ilmu agama. Siapa lagi kalau bukan kita" Aku terus membantah. Tetap dengan pendirianku.

Diam. Mungkin takut ada yang berkecil hati. 

Sepanjang persekolahan itu. Fikiranku bercelaru. Kata kata dia walaupun membuatkan aku sentap. Tapi, betul. Ya. Mana ada perempuan yang bimbing lelaki. Melainkan kalau perempuan yang menyebabkan lelaki berubah. 

"Perempuan mudah terpengaruh dengan pujuk rayu manusia. Sebab tu lah perempuan tak boleh sendirian. Allah ciptakan lelaki untuk melindungi perempuan. Supaya mereka tak hanyut dibawah arus dunia yang memang tidak pernah berhenti bergelora, berombak. Lelaki, jadilah kamu nakhoda yang menyelamatkan mereka. Berlayarlah kamu diatas bahtera rumah tangga cinta yang dibina dibawah redha Allah"

Spontan. Ayat itu terlintas difikiranku. Seperti ada yang mengilhamkannya. Buntu. Kusut. Serabut. Arghhh! Takkan nak putus? Aku mengeluh sendirian.

Keeseokan harinya. 

Seperti biasa di sekolah. Perhimpunan pagi. Duduk didataran. Eh! Ada sesuatu yang menarik pandangan aku. Lelaki. Berjubah putih, serban. Tak berkelip mataku memandangnya. Astaghfirullahalazim!

"Budak baru ke? Tingkatan berapa? Hm. Mungkin dari Maahad Tahfiz. Kelantan kot. Eh, Terengganu mungkin. Ahh! Biarlah. Buat ape nak kenal dia." Hatiku bermonolog.

     ******

Kerja sekolah dah siap. Terus aku capai tablet. Dengar lagu sambil online. Eh, ada message kat fesbuk lah. Siapa ni?

Tertera nama Amira diskrin.  Terus aku klik. 

"Dekat sekolah kau ada budak baru tak tadi?"

Budak baru? Hm....... Budak baru yang aku nampak kat sekolah tadi lah kan. Pelik. 

"Ada. Kenapa? Kau kenal ke?" Aku bertanya. 

"Ha'ah. Kawan sekelas aku. Nama dia Shazwan. Umur dia 17" 

"Ohh. Okay. Then, kenapa bagitau aku?"

"Saja" 

Perbualan kami tamat disitu. Terus aku ke twitter. Check notification macam biasa. 

Tapi.

Ada sesuatu yang luar biasa. Followers.Eh? Dia follow aku? Budak baru tu. 

Entah kenapa perasaan aku waktu itu terasa lain macam. Aku cuba abaikan. Tak mungkin aku jatuh cinta. Kerana aku sedang bercinta. 

Shazwan. Kehadiranmu. Misteri.

Setelah sebulan berlalu. Tak sangka aku dengan Shazwan itu berkawan. Mungkin kami tidak serapat kawan baik. Namun, sebuah pertemuan membuatkan aku ingin tahu siapa dia. 

Seorang lelaki. Amirul Shazwan Al Hafiz. Bijak. Pandai. Hafiz 30 Juzu'. Ciri ciri idaman semua wanita muslimah. Datang dari keluarga yang terhormat. Sikapnya yang menghormati guru, disanjungi rakan. Fuhh! 

Tak mungkin aku dapat memilikinya. Terlalu banyak jurang antara aku dan dia. Aku lupakan perasaan aku. Walaupun aku tahu mustahil untuk aku lupakan dia. 

Sikap aku dengan kekasih lama juga semakin dingin. Sampai satu tahap hampir seminggu kami asyik bergaduh. Aku juga tak peduli kalau tak dapat contact dia walaupun tiga hari. Hm. Aneh. Cepatnya perasaan aku berubah. Spontan.

Pertamanya, aku cuba abaikan perasaan aku pada Shazwan. Biar aku fokus pada kekasih hatiku tu. Tapi, sikapnya yang makin meluat membuatkan aku makin kurang perasaan sayang. Kami tak semsra selalu. 

"Apa masalahnya sekarang ni?" 

"Masalahnya sekarang ni kau yang tiba tiba nak mengamuk dengan aku. Benda kecik pun nak cemburu kenapa. Kau yang bermasalah. Kau mana pernah nak faham perasaan aku.

"Aku je yang nak faham perasaan kau. Perasaan aku? Aku sakit hati. Ada kau nak pujuk? Makin menyakitkan hati adalah. Dahlah! Ganggu hidup aku je kau ni! Blah ah kau. Jangan cari aku lagi."

Dushhh! Handphone Nokia 1200 dihempas. Air mata mengalir.

Serabut. Kusut.

"Kenapa dengan aku? Sejak sejak ni nak mengamuk. Makin menjadi jadi panas baran aku. Orang yang tak bersalah pun aku nak tengking.... Arghh, lantak kau lah!" Getus hatiku

Terus aku capai bantal dan tidur. Mengharap esok pagi keadaan menjadi semakin baik.

            *****

Tepat jam 3 pagi aku terjaga. Aku gosok mata. Bilik bersepah. Kepala aku terasa pening. Mata aku masih basah kerana menangis malam tadi. Mencari cari handphone. Oh lupa. Handphone dah pecah. Aku duduk. 

Termenung.

"Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Kalau berterusan. Teruklah aku tak dapat fokus belajar. SPM lagi berapa bulan" bisik hatiku.

"Aku nak memiliki Shazwan. Tapi, tak sanggup aku nak kecewakan dia. Aku pun tak sanggup nak tinggalkan dia. Mustahil aku langsung hilang perasaan. Paling tidak, aku masih sayang dia" Hatiku terus berkata kata.

"Shazwan, kenapa kau mesti wujud dalam hidup aku. Kenapa aku mesti ada perasaan ini. Kenapa aku boleh tersalah pilih cinta. Kenapa mesti aku" 

Aku terus menyalahkan diri aku. Bukan salah mereka. Salah aku. Mudah jatuh cinta. Mudah memberi cinta.

Tiba tiba aku teringat satu kata kata.

"Saat dirimu dilanda masalah. Jadikanlah sejadah itu sebagai tadahan air matamu. Jadikanlah Allah sebagai pendengar kepada semua masalahmu. Allah lebih mengetahui"

Lantas aku menuju kebilik air. Berwudhu'. Membentangkan sebuah hamparan. Mengenakan telekung. Bertahajud padaNya. Aku luahkan segala kebuntuan dan masalah aku pada Yang Maha Mendenar. Terus sujud aku menghadap Allah. Mengalir air mata. Hanya aku dan Dia bersama. Memohon petunjuk atas segala masalah. Biarpun ia hanya masalah perasaan. Namun, ia mengganggu perbuatan dan pemikiran.

Hanya malam menjadi saksi. Saat bintang dan bulan memuji keagunganNya. Aku masih dihadapanNya. Tersedu. Tak siapa mendengar. Melainkan aku dan Tuhanku. Hampir satu jam aku duduk tersimpuh diatas sejadah suci itu.

Jam menunjukkan pukul 4. Masih awal lagi. Aku sambung tidur. Lena

Tiba tiba, aku terasa diri aku disuatu tempat. Indahnya singgahsana ini. Mahligai yang serba cantik. Wangi seharum kuntuman Wardah. Taman bunga yang dihiasi kupu kupu. Tempat apakah ini?

Eh, ada manusia. Aku cuba mendekati dia. Wajah bercahaya. Cantik bertudung labuh dan berjubah putih Serba putih suci. Tapi, ditutupi dengan hijab niqab. Aku amati wajahnya. Seperti....... siapa wanita ini? Dia....... Aku?!!!

"Wahai hati yang sedang bersedih. Cinta Allah sentiasa ada untukmu. Gapailah cintaNya untuk mendapatkan cinta hambaNya" Lembut suaranya berbicara. Bergetar hatiku tatkala mendengar kemerduan suaranya.

Mengalir air mata aku. 

Terjaga. Aku menangis. Mimpi itu. Subhanallah! Mungkin Allah tidak memberi jalan penyelesaian. Tapi, Allah sedang menunjukkan bagaimana hendak menuju ke jalan penyelesaian itu. Alhamdulillah. Segalanya sudah terjawab.

Aku nekad. Perlahan lahan aku tinggalkan. Meskipun pahit. Melawan kehendak nafsu. Mengikut kehendak TuhanMu. Ya. 

Permulaan untuk berubah. Bukannya mudah. Memerlukan teman, sahabat. Hulurkan tanganmu sahabat, berjuanglah bersamaku untuk melawan nafsu. Tetaplah bersamaku. Mengatur langkah. Kerana tujuan kita sama. Ingin ke JannahNya.

Sekarang. Aku berusaha Mujahadah Cinta Ilahi. Mengejar cinta Allah. Meninggalkan semua yang berkaitan dengan cinta manusia. Menyerahkan jodoh aku padaNya. Berusaha menjadi solehah untuk mendapatkan lelaki soleh. 

Aku juga berusaha menjadi Mawar Berduri. Perempuan yang cantik pada pandanganNya. Tetapi tidak mudah disentuh. Tidak mudah jatuh cinta kerana manusia. Teguh berdiri keranaNya. 

Meninggalkan kemunkaran. Mengamalkan segala suruhan.

Kerana, jika kita mencintaiNya. Kita akan ikut apa yang Dia nak.

Shazwan? 
Kekasih hati?

Biarlah mereka menjadi ujian untukku. 
Biarlah kami terus berkawan. 
Bersahabat. 

Lelaki yang soleh tidak akan memetik bunga mawar yang berduri. Tetapi, mereka akan menjaga dan menyemai cinta pada Mawar itu. Melindungi dan mengawasi dari lelaki yang durjana. Kerana mereka tahu, jika dipetik. Pasti akan layu. Tapi bunga Mawar yang bersama pohonnya. InsyAllah. Pasti akan terus segar.

"Jika mahu mendapatkan yang SOLEH. Berhentilah mencari. Tapi, berusahalah menjadi SOLEHAH"

Hingga kini aku mengejar gelaran SESUCI MAWAR BERDURI dan MUJAHADAH CINTA ILAHI.


p/s : Cerita ini hanya rekaan semata mata. Tiada kaitan dengan sesiapa. Sama ada diri ini atau diri yang lain. Ya? REKAAN :)








0 Comments: