Jannah El Haura

owner

"Sekuntum mawar yang sentiasa dihujani dosa dibasahi air mata. Namun, dirinya teguh kerana duri iman juga kelopak indah dihiasi dengan kasih cinta Tuhannya :)"


Contact
© Re-edit by You. Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.
Mujahadah Cinta Ilahi :)
Thursday, July 4, 2013 • 5:41 AM • 0 comments



Aku sangka cinta itu mudah
Hanya melafazkannya
Bersama perasaan dan kasih sayang

Aku fikir rindu itu perlu
Kerana berjauhan dari si dia
Walau terkadang rasa itu derita

Aku terbayang sayang itu tenang
Meluahkan perasaan tanpa segan
Tanpa sedar itu godaan syaitan

Diatas jalan yang penuh liku
Aku masih tercari cari
Layakkah aku dicintai?
Layakkah aku mencintai?

Diatas jalan yang penuh duri
Saat aku tersungkur diri
Jatuh rebah menyembah bumi
Aku menangis. Aku berfikir

C I N T A ?
MANUSIA @ Dia?

Terkadang aku terlena
Bersama buaian indah
Disulami nafsu yang menggoda
Namun akhirnya aku yang merana

Terkadang aku terleka
Sibuk mengejar cinta manusia
Terkapai kapai mencari erti cinta
Tapi aku sendiri terlupa

Ya
Aku terlupa
Aku terleka
Aku terlena

Bukankah hati ini milikNya?
Bukankah cinta ini anugerahNya?
Bukankah rasa ini dariNya?

Dia yang layak aku cintai
Sedang si dia hanya ujian diri
Dia yang aku tadahkan rasa ini
Sedang si dia aku mengharap wildanku difirdausi

Tersenyum................................. :)

Biar malam menjadi saksi
Terangnya bulan bersama kerlipan bintang
Biar sejadah aku hamparkan
Saat air mata cinta aku leraikan

Dan kini aku bangkit sendiri
Bersama harapan ke jannah
Berusaha mujahadah cinta Ilahi
Dan mengharap si dia bakal Zauj ku nanti 





0 Comments: