owner
![]() ![]() "Sekuntum mawar yang sentiasa dihujani dosa dibasahi air mata. Namun, dirinya teguh kerana duri iman juga kelopak indah dihiasi dengan kasih cinta Tuhannya :)" Contact
© Re-edit by You.
Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.
| Bila saya melangkah pergi.........
Teman.
Aku pergi. Bukan aku meninggalkan.
Aku pergi. Bukan aku tak sayang.
Aku pergi. Bukan aku ingin melupakan.
Aku pergi. Kerana aku ingin kembali.
Teman.
Andai benar sudah tiba masanya.
Izinkan aku berada dihatimu.
Walaupun sering kita bertengkar.
Bermasam muka kerana masalah.
Tapi, itu semua akan menjadi kenangan.
Kenangan yang tak dapat kau lupakan.
Teman.
Tika aku hampir tergelincir ke lubang neraka.
Hulurkan lah tanganmu. Pimpinlah aku sampai ke jannah.
Teman.
Maafkan aku kerna aku bukan yang terbaik untukmu.
Maafkan aku kerna aku bukan yang sempurna buatmu.
Maafkan aku.
Cukuplah aku menjalani hidup yang terbaik bersamamu.
Cukuplah aku melalui hidup yang sempurna denganmu.
Teman.
Biarkanlah aku terus tersenyum.
Pergi dengan senyuman.
Dan melihatmu sentiasa tersenyum.
Walaupun pedih menggores hati.
Senyumlah. Itu penawar.
Teman.
Kadang kadang kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayang.
Kadang kadang kita terpaksa kehilangan orang yang kita sayang.
Anggaplah itu cuma seketika.
Walau hanya sesaat bahgia.
Cukup sudah dengan senyuman.
Teman.
Andai aku tiada disisimu.
Berjanjilah bahwa aku sentiasa dihatimu.
Bukan diingatan yang terkadang dilupakan.
Dan ingatlahh.
Aku temanmu disyurga :')
|
0 Comments: