Jannah El Haura

owner

"Sekuntum mawar yang sentiasa dihujani dosa dibasahi air mata. Namun, dirinya teguh kerana duri iman juga kelopak indah dihiasi dengan kasih cinta Tuhannya :)"


Contact
© Re-edit by You. Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.
Misi Jihad Cinta
Friday, March 2, 2012 • 5:30 PM • 0 comments




“Sayang, kita dah sampai.”
Safiyyah menggosok mata yang masih mengantuk. Tudung labuhnya yang agak senget dibetulkan suaminya.
“Tapi, Safiyyah kena janji dengan abang, walauapapun yang jadi lepasni, Safiyyah mesti redha”
Safiyyah mengerutkan dahi, pelik dengan kata kata suaminya.
“Abang ni, dari tadi Safiyyah tanya kita nak kemana? Tapi abang tak jawab pun.”
“Kan abang nak bagi Safiyyah hadiah ulangtahun perkahwinan kita”
“Tapi, cara abang cakap tadi macam pelik je”
“Nak kahwin lagi ye?”
Suaminya tergelak kecil. Lucu dengan pertanyaannya.
“Kalau betul kenapa?”
“Safiyyah tak kesah tau. Nanti Safiyyah dapat payung emas disyurga”
Suaminya tersenyum. Isteri yang solehah. Moga dia menjadi bidadariku disyurga.
“Abang ni kenapa senyum senyum ni?”
“Dahlah. Lagi cepat kita masuk kedalam lagi cepat Safiyyah dapat hadiah dari abang”
“Okey……”
Dia membuka pintu kereta. Kereta hitam berkilat kepunyaan suaminya diparkir ditempat yang disediakan.
Dihadapannya tersergam sebuah bangunan canggih. Pintunya diperbuat daripada kaca yang dihiasi kalimah ‘Lailahaillallah, Muhammadurrasulullah’
Suaminya menggegam erat tangannya, bagai tidak mahu dilepaskan.
*         *          *          *          *          *          *          *          *          *          *          *          *          * 
Uwais memasukkan kad pintar kedalam ruang ditiang itu. Dengan pantas, lantai yang dipijak bergerak ke atas menuju ke tingkat 8. Usai sampai, dia menarik kembali kad pintarnya.
“Jom masuk sayang”
Sekali lagi, dia memasukkan kad pintarnya ke dalam , mesin pintu pejabat dihadapannya. Lantas terpapar namanya diastase skrin mesin itu. Beberapa minit kemudian, tertera perkataan ‘MASUK’
Dia memimpin tangan isterinya. Dengan yakin, dia memulas besi ringan yang terlekat di pintu pejabat itu.
Kelihatan seorang lelaki didalam pejabat itu. Senyumannya mengisi ruang wajahnya. Seakan terpancar nur keimanan pada raut wajahnya yang tenang.
“Selamat datang Uwais Al Qarni. Hari ini kau menunaikan janjimu.”
Lelaki itu menekan remote ditangannya. Kerusi dihadapan meja kaca itu terbuka.
“Sila duduk…”
“Terima Kasih”
Kelihatan lelaki itu mencari sesuatu. Dia menyelongkar laci kaca yang terapung diatas, seperti kabinet kuno zaman 2008 yang diubah suai. Cantik. Gabungan seni lama dan baru.
“Isi maklumat diri dan zaujah. Err, siapa nama dia?”
“Nur Safiyyah binti Dr. Tariq Ziyad.”
“Dr. Tariq Ziyad? Macam biasa dengar. Subhanallah, kamu anak seorang pahlawan?”
Safiyyah hanya mendiamkan diri.
“Bagus. Kamu menjejaki langkah ayahmu. Memang berdarah pahlawan.”
Uwais menekan nekan skrin sensitive dihadapannya. Dia mengisi maklumat dirinya dan Safiyyah.
Safiyyah memerhati.
MISI JIHAD CINTA
NAMA MUJAHID : Uwais Al Qarni bin Ammar
NAMA MUJAHIDAH : Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad
Dan banyak lagi butiran yang diisi suaminya…
Hati Safiyyah berbunga riang. Inikah hadiah dari Uwais kepadanya? Subhanallah… Ya Allah, aku syukur padaMu. Cita citaku semakin dekat. Syaheed menggoda rohku. Aroma syurga menggamitku. Misi jihad cinta itu sudah lama di idam idamkan. Peraduan misi jihad yang dimenanginya itu menjadi hadiah yang sangat bernilai. Peraduan ini melayakkan pasangan suami isteri sama sama berjihad di tempat yang akan dihantar oleh ejen. Hanya 20 pasangan yang mendapat tempat dalam masa setahun. Misi ini adalah peluang terbaik untuk mencapai pangkat syaheed.
“Sayang, mana kad pintar? Butiran peribadi perlu disahkan.”
Safiyyah lantas mengeluarkan kad pintarnya dari beg tangan elektronik hadiah dari arwah ayahnya.
“Ni bang……”
Butiran peribadi mereka kemudiannya disahkan. Laptop kecil sebesar tapak tangan itu diserahkan kepada lelaki dihadapannya.
Lelaki itu menekan nekan sesuatu. Kemudian dia tersenyum.
“Kamu berdua dihantar ke Kota Toledo”
*         *          *          *          *          *          *          *          *          *          *          *          *          * 
“Bang…”
Uwais mendongak. Raut indah milik isterinya ditenung. Sinar keimanan yang terlakar menenangkannya.
“Ya?”
Safiyyah diam. Dia menunduk. Air jernih memenuhi kolam matanya.
“Kenapa ni? Safiyyah tak suka ya hadiah ni?”
“Abang… apa ni? Bukankah itu yang kita tungguh tunggu selama ini? Safiyyah pun tak sangka kita menang peraduan tu.”
“Habis tu… kenapa menangis?”
“Safiyyah tak sabar nak pergi sana. Lagi 2 hari kan bang?”
“Ya. Abang pun tak sabar dah. Semakin dekat bau harum syurga…”
“Abangggg……”
“Ya……?”
“Kita berjumpa lagi tak disyurga nanti?”
“Safiyyah sayanggg…” kata Uwais.
“Ya bang…”
“Safiyyah nanti insyaAllah jadi Ainul Mardhiah abang disyurga. Jangan risau ya…”
“Safiyyah tak risau pasal tu. Safiyyah yakin kalau Safiyyah tak jadi bidadari abang pun, abang akan dapat bidadari yang lagi cantik dan solehah daripada Safiyyah.”
Kata kata lembut isterinya membuatkan dia tersentuh. Subhanallah… Aku sayang dia keranaMu ya Allah. Maka temukanlah kami di syurgaMu, jangan Kau pisahkan kami. Cukup hanya dia bidadari solehah yang kau telah sediahkan untukku. Moga didunia dan juga disyurga.
“Safiyyah… ingat tak dulu zaman kita sama sama ditarbiyyah?”
“Ingat bang… Masakan Safiyyah lupa. Taman yang mengajar Safiyyah erti perjuangan”
“Dan abang tak sangka Allah pertemukan kita. Ingat tak dulu kita asyik bertengkar untuk capai kata putus dalam mesyuarat? Kelakarnya masa tu. Isteri abang ni petah betul berhujah. Sampai kadang kadang buat abang geram.”
“Laaa…… Abang juga pesan pada kami, kami kena jadi Muslimah Tarbiyyah. Muslimah yang kuat menongkah hujah, tabah menghadapi dugaan, pantas berfikir, berani membantah kebatilan. Kan?”
“Ya sayang. Muslimah masa tu semua kuat belaka. Abang tengok kering hati je”
“Terpaksa lah bang. Kalau kami tak jadi macam tu, habislah perjuangan, Asyik asyik merajuk, menangis. Nanti tak jadi kerja pulak.
“Ya. Abang faham”
“Abang tengok la buktinya. Dah 3 orang ahli syura muslimah kita yang dah kotakan janji. Dah dapat pangkat syaheed. Safiyyah yang terlambat bang”
Safiyyah pilu, janjinya belum dikota lagi. Dia sedang menunggu saat kemanisan itu. Nanti akan dia capai tangan sahabat sahabatnya disyurga nanti. Sahabat sahabat, tunggu kedatanganku.
“Sabarlaaa. Tak lama lagi”
*         *          *          *          *          *          *          *          *          *          *          *          *          * 
Di khemah persiapan, Kota Toledo.
Malam itu mereka tekun. Hati dan jiwa betul betul diserahkan kepada Allah. Setiap saat dipenuhi dengan solat solat sunat, berzikir dan alunan bacaan Al Quran.
Diatas sejadah itu, Uwais memegang tangannya. Erat dan kemas. Tampak air matanya mengalir. Safiyyah juga menangis hiba. Tiada kata yang mampu diungkap. Bukan airmata sedih yang sedang mengalir. Tetapi, air mata bahagia, bahagia kerana bakal menemui Rabbnya.
“Nur Safiyyah… terima kasih kerana menjadi isteri abang selama ini. Safiyyah isteri solehah abang. Selama setahun kita kahwin, tak pernah sekali pun Safiyyah sakiti hati abang. Safiyyah gigih berusaha menjadi yang terbaik”
Esakan isterinya semakin kuat. Hatinya pedih dalam gembira.
“Safiyyah, Allah temukan kita dalam lapangan perjuangan. Dan kita berjanji akan hidup dalam lapangan ini selamanya. Matlamat kita jelas, hidup mula atau mati syaheed. Sekarang dihadapan kita ada peluang, Safiyyah kena serahkan pergantungan bulat bulat kepada Allah. Bila kita sama sama jalankan misi itu nanti. Safiyyah kena ingat Allah banyak banyak. Jangan fikir pasal abang lagi, tinggalkan dunia. Ingat syaheed”
“Abang sayang Safiyyah kerana Allah. Abang minta maaf sebab tak dapat nak beri Safiyyah apa apa ganjaran selama Safiyyah berkorban jadi isteri abang”
“Abang, Safiyyah tak minta apa apa pun”
“Kita jumpa disyurga ya…”
Dahi isterinya dikucup lembut.
“Abang ada satu permintaan”
“Apa dia bang?”
“Baju tu, Safiyyah kena pakaikan untuk abang.”
“Ya, InsyAllah. Abang pun ya”
“Ya, InsyAllah”
Safiyyah bangun menuju ke hujung khemah, dia mengambil 2 pasang baju putih yang tergantung diatas tali. Tertulis perkataan “PESERTA MISI JIHAD CINTA” dibelakang baju putih milik suaminya. Dibahagian hadapan sebelah kiri, tercatat nama Uwais Al Qarni dan di sebelah kiri terdapat bendera kecil tertulis kalimah agung Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. Juga pada bajunya.
“Assalamualaikum… Akhir Uwais…”
Terdengar suara memberi salam. Safiyyah merenung lembut wajah suaminya.
“Waalaikumusalam”
Uwais membuka pintu khemah.
“Akhi, sekarang sudah tiba masa kalian. Seruan jihad sudah dipalu.”
“Baiklah… Terima Kasih”
Uwais menutup kembali pintu itu. Dia pusing menghadap isterinya.
“Sayang, dah tiba masanya”
“Ya.”
Lantas baju jihad disarungkan ke tubuh. Usai keduanya bersiap, Uwais memandang isterinya.
“Kita jumpa disyurga ya.”
“InsyAllah bang. Sekejap lagi kita bertemu semula”
*         *          *          *          *          *          *          *          *          *          *          *          *          * 
Boooooommm…
Booooooooommmmmm….
Boooommmmmmmmmmmm……!!!!!
Dentuman demi dentuman terdengar. Mereka tekun melaksanakan misi jihad.
Bommmm!
Di sebuah tempat, terdampar beberapa tubuh. Bajunya berlumuran darah. Ada peluru tertimbus didada dan disekitar tubuh mereka. Harum darah syuhada’, rautnya tersenyum megah. Antaranya adalah pemuda bernama Uwais Al Qarni. Kini dia sudah mengotakan janjinya.
Bommm!
Dan, di sebuah tempat. Darah mengalir laju. Wanita berjilbab itu ditembak dibelakang badannya. Peluru tertimbus dalam. Nur Safiyyah binti Tariq Ziyad tersenyum tenang.
Roh para syuhada’ itu berterbangan di langit. Uwais dan Safiyyah sudah mengotakan janji. Mereka bertemu di syurga.


0 Comments: