Jannah El Haura

owner

"Sekuntum mawar yang sentiasa dihujani dosa dibasahi air mata. Namun, dirinya teguh kerana duri iman juga kelopak indah dihiasi dengan kasih cinta Tuhannya :)"


Contact
© Re-edit by You. Template design by Intxn. thanks for Base code by Adila.
Friday, March 6, 2015 • 8:15 AM • 0 comments




Hinalah mereka! Herdiklah mereka! Makilah mereka yang bertudung labuh!
Hinalah mereka!
Hinalah mereka yang bertudung labuh.
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna.
Hinalah mereka hamba Allah yang patuh.

Hinalah mereka! 
Bertudung labuh hipokrit.
Bertudung labuh hodoh.
Bertudung labuh ketinggalan zaman.

Herdiklah mereka!
Hanya kerana mereka patuh kepada suruhan Allah.
Sanggup menepikan nafsu yang membuak untuk memuakan keinginan diri.
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

Mereka sanggup...

Mereka sanggup kepanasan.
Dikala teriknya matahari.
Sanggup berpeluh hanya kerana si dia bukan mahram.
Memikirkan Allah & Rasul melebihi dari segalanya.

Perlilah mereka.
Dikatakan berlebih lebihan menunjuk kealiman.
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik.
Tetapi dusta menjadi tafsiran.

Hai mereka yang bertudung labuh.
Jaga akhlakmu.
Jangan kau menganggap diri itu sempurna.
Luruskan niatmu.
Kerana Allah sayangkan mereka yang ikhlas dan taat pada suruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh.
Islam itu datangnya asing.
Kembalinya pun asing.
Beruntunglah kau saat kau diasingkan.
Kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah di jannah firdausi.

Hai mereka yang bertudung labuh.
La Tahzan! 
Tabahkan lah hati, kuatkan lah iman tingkatkan lah taqwa.
Biarkan berapa banyak longgokan manusia merendahkan anda.
Kerana ingat, disisi Allah andalah tinggi dan mulia.
Janji Allah itu pasti :)